Sunday 30 June 2013

Tips: Memutihkan Gigi

Assalamualikum,
Hmm dah lama gak tak share tips kan..Ok pagi ni nak share tips nak putihkan gigi. Sapa tak nak kan gigi putih bersih. Sebab bila gigi kita putih bersih, barulah nafas tak berbau dan kesegaran nafas juga sangat berkait rapat dengan kecantikan kita.

Ok, caranya mudah sahaja...modal pon x besar tak macam kita pegi dental nak putihkan gigi sebab kosnya agak tinggi. Bahan2nya ialah:
- sedikit ubat gigi didalam bekas kecil,
- sesudu baking soda,
- sedikit air.
Campurkan semua bahan2 di atas, lepastu beruslah gigi kita macam biasa selama 2 minit. lakukan seminggu sekali sehingga kita mendapat hasil yang kita inginkan. Bila gigi kita dah putih tu kan, cuba kurangkan kopi dan adik beradiknya untuk mengekalkan keputihan tersebut.

Baking soda adalah salah satu alternatif untuk membersihkan juga memutihkan gigi, selain juga terbukti dapat melunturkan noda dan plak pada gigi seperti, bekas makanan, bekas kopi dan lainnya.

Ok Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment