Assalamualaikum,
Ok, tips untuk hari ini ialah bagaimana nak buang 'black heads' dalam masa hanya 5 minit. Baiklah, caranya ambil separuh/setengah biji lemon, lepastu letakkan 3-4 titik madu diatasnya. Selepas itu, sapukan lemon yng dah dititkan madu itu ke muka, hidung dan dagu yang ada 'black heads'. Biarkan selama 5 minit untuk bagi campuran lemon dan madu tu meresap ke kulit muka.Ok, selepas 5 minit, basuh muka dengan air sejuk. Anda akan dapat lihat hasilnya dalam masa 5 minit sahaja! Wow mesti cuba ni ok.
Tambahan lagi, jus lemon juga berfungsi menghilangkan / memudarkan parut di muka dan madu juga berfungsi untuk melembabkan kulit...wah, 2 in 1 dah ni kan...
Terima Kasih dan Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment