Monday 15 July 2013

Tips Kurus di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum,

Salam Ramadhan buat semua…hari ni saya nak share tips macamana nak kuruskan badan cepat sikit di bulan Ramadhan yang mulia ni. Masih x terlambat lagi sebab baru tujuh hari berpuasa…ada 3 minggu lagi nak amalkan tips ni dan dapat tengok hasilnya…ok la kan sambil-sambil puasa dapat pahala dan dapat kurus..:)

Ada banyak tips ni…kalau x boleh buat semua, buat la mana yang mampu..hihi jangan sampai merosakkan diri ye…J

1.       Semasa sahur amalkan makan pisang dan betik atau buah yang kaya dengan vitamin C sebab makanan ni agen pelawas yang baik, so, masa pagi pagi tu proses pembuangan akan berjalan seperti biasa…x de la aktiviti pagi harian tu tergendala disebabkan puasa..dan kita akan cepat kurus bila semua dah di buang dan xde makanan lain yang masuk untuk 10-13 jam selepas tu.

2.       Masa sahur juga ambil makanan yang berserat seperti oat adalah contoh terbaik. Ia bukan sahaja menyerap air dan membantu kita cepat kenyang  malah ia juga melambatkan proses tubuh dari berasa lapar.

3.       Jangan makan terlalu banyak semasa berbuka puasa…paham la lapar kan, tapi makan terlalu banyak pun akan menyebabkan kita lebih letih..ingat tau! Memang paling susah…

4.       Amalkan minum air kosong. Means tak bergula, x bergas, x berkaler ,xberkafein dan x berais! Ni pun susah lebih-lebih lagi kalau kena berebut...padahal minum air kosong pond a ok..betul ni tau!

5.       Makan kurma…ni paling susah untuk saya sebab saya x makan kurma. Gula yang terkandung dalam kurma tu dikatakan mudah ditukarkan menjadi tenaga dengan segera dan mengandungi pelbagai vitamin dan serat yang ternyata baik untuk mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang hari.

6.       Elakkan makanan berempah dan pedas sebab ia boleh menyebabkan gastric dan sakit perut.

7.       Elakkan makan lewat…kadang2 lepas terawikh, kita nak makan lagi sebab masa berbuka tu rasa tak puas makan…jangan tau, makan lewat lagi cepat gemok! Minum je…hihihi..mcm zalim lak rasa masa tulis ni..:)

8.       Elakkan makanan lemak dan kabohidrat dalam menu berbuka puasa…yang ni biasalah kan..kalau x puasa tapi nak kurus pun mmg nil ah makan dia..xleh lemak2 ni eh…no no no!

9.       Amalkan juga aktiviti senaman yang ringan…dalam 30 minit sehari ok lah kot..tengok2 gak la kalau x berdaya tu x payah la..hihi

10.   Positifkan diri untuk buat target kita. Tapi yang realistic la dok..so kalau ada target barulah kita bersemangat nak cuba tips2 ni semua.

11.   Ok! Last sekali..belilah X LOSS LOTION by Felinna Beauty..sapu kat tempat2 berlemak yang memang dah rasa mencik sangat tengok tuh, insyAllah berkesan! dan juga PURE MARINE COLLAGEN VITAMIN C (PMCVC) untuk kulit yang cantik.


















So, lepas ni boleh la beli baju raya yang kecik sikit dari saiz kita dan juga salah satu cara nak motivate kan diri sendiri …jangan lupa juga amal ibadah kita dibulan yang mulia ni ye. Semoga semuanya mendapat keberkatan Allah..Amin

Jangan lupa cuba tau!

1 comment:


  1. Masa paling baik dan pantas untunk mengurukan badan adalah semasa bulan puasa.Ini adalah kerana badan kita akan menggunakan lemak yang tersimpan dalam badan ,untuk memenuhi keperluan enerji harian kita.Di saat yang sama juga prosess ini dapat melepaskan bahan-bahan kimia yang diikat bersama dengan lemak itu .Seterusnya,bahan-bahan kimia ini akan dibuang oleh organ-organ yang bertugas untuk detoksikasi.
    EDISI KHAS:Cara Kurus Dengan Cepat Sempena Bulan Puasa Ramadhan

    ReplyDelete